Wednesday 25 March 2015

Lana Nodin dan Mohd Daud nikah 15 Mei

LANA Nodin dan Mohd Daud

KUALA LUMPUR: Aktres yang pernah mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia, Mazlina Hasan Nodin atau lebih dikenali dengan nama Lana Nodin akan melangsungkan perkahwinan dengan David McKienzie pada 15 Mei ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

McKienzie yang juga atlet skuad bola tampar Olimpik Amerika Syarikat 2012 mula dikenali Lana sejak 26 Oktober tahun lalu dan memeluk Islam pada 5 Disember 2014 menggunakan nama Mohd Daud Mckienzie.

Majlis berinai akan diadakan sehari sebelum pernikahan berlangsung dan diadakan di hotel yang sama.

Pasangan ini akan bersanding pada sebelah malam hari yang sama pernikahan berlangsung.

"Saya harap semua perancangan akan berjalan lancar," kata Lana.

Pengumuman majlis perkahwinan pasangan ini diadakan sebentar tadi di Urban Restaurant, Hotel Istana. 

Pegawai seranta Bill Bora bertindak sebagai perunding perkahwinan majlis mereka.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment