Wednesday 25 March 2015

Jasad Kuan Yew diletakkan di tempat khas di Parlimen

Rakyat Singapura memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew selepas jasadnya diletakkan di Bangunan Parlimen.

SINGAPURA: Rakyat Singapura daripada pelbagai lapisan masyarakat hari ini memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew selepas jasadnya diletakkan di tempat khas di Bangunan Parlimen sebelum upacara persemadian pada Ahad.

Orang ramai mula berkumpul seawal 10 pagi apabila mereka dibenar memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, yang dianggap sebagai seorang pemimpin terkemuka dan berpengaruh pada abad ke-20 bukan sahaja di Asia malah di peringkat global.

Keranda mendiang diletakkan di atas kenderaan meriam istiadat dari Sri Temasek iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak lelaki Kuan Yew, ke Bangunan Parlimen secara perarakan berjalan kaki.

Perarakan itu diketuai Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching. Turut serta anak perempuan Kuan Yew, Wei Ling; anak lelakinya Hsien Yang dan isteri, Lim Suet Fern dan tujuh cucu mendiang.

Beribu-ribu orang berbaris di sepanjang jalan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bekas pemimpin mereka sepanjang laluan perarakan itu ke Bangunan Parlimen.

Channel News Asia, saluran televisyen tempatan, menyiarkan secara langsung perarakan itu.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment