EMMA Maembong. - Foto Nik Hariff Hassan
KUALA LUMPUR: Aktres Emma Maembong bertegas tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon Kamal Adli seperti tersebarnya gosip mendakwa mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Emma turut menyangkal dakwaan bahawa dia dan juga Kamal akan melangsungkan pernikahan pada tahun ini.
Malah, Emma yang sebelum ini bercinta dengan Zizan Razak terkejut dengan tuduhan liar berkenaan sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai mengarut.
"Walau dengan siapa pun Emma berkawan semuanya dikatakan 'boyfriend' Emma. Gosip yang timbul mengatakan kami berdua sedang membuat persiapan kahwin sama sekali tidak betul.
"Boleh dikatakan walau dengan siapa Emma berkawan mesti akan dikaitkan dengan kahwin. Ia seperti hidup Emma ini dirancang untuk kahwin saja. Ini semua tidak lebih daripada gosip, jadi Emma harap jangan percaya," kata Emma kepada BH Plus.
Dalam pada itu, jelas Emma, dakwaan berkenaan sama sekali tidak benar dan dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan keluarga Kamal.
Emma reda dan pasrah dengan kemelut yang melanda dirinya serta ingin fokus pada kerjaya semata-mata.
"Benar saya berkawan dengan Kamal namun gosip yang mendakwa kami akan berkahwin hujung tahun ini adalah tidak benar. Kalau orang kata ada terserempak dengan kami kerana kami tidak menyorokkan apa-apa.
"Selain dari Kamal pun Emma ada keluar 'lepak' dengan orang lain namun mungkin kerana Kamal dikenali maka ia menjadi isu. Kami setakat ini belum pernah keluar berdua lagi," tegas Emma.
Dalam perkembangan terbaharu, Emma dan Kamal bakal menjalani penggambaran untuk drama bersiri 30 episod berjudul Jodoh Sebelah Rumah arahan Michael Ang.
- Sumber: BH Online
No comments:
Post a Comment