Friday 27 February 2015

Sony akan memperkenalkan Xperia Z4 Tablet pada MWC 2015?


Beberapa hari lepas, tertiris gambar memperlihatkan Sony bakal memperkenalkan Xperia Z4 Tablet pada minggu hadapan. Setelah mendiamkan diri berkenaan dengannya, hari ini pihak Sony hadir dengan teaser untuk produk baru mereka yang bakal diperkenalkan pada minggu hadapan bersempena Mobile World Congress 2015.

Melalui laman sosial, Sony mengatakan mereka akan hadir dengan produk yang lebih nipis, lebih ringan, dan lebih jelas pada acara berkenaan kelak.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Sony Xperia Tablet Z4 dikatakan akan hadir dengan skrin mencapai resolusi 2K, selain turut menawarkan masa bertahan bateri lama serta pelbagai spesifikasi terkini. Tidak mustahil juga untuk kita melihat ia menggunakan sistem operasi Android terkini padanya.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Sony melalui acara MWC 2015 kelak.

- Sumber : SONY melalui Amanz

No comments:

Post a Comment