Friday 27 February 2015

Media 'kena temberang' dengan Mahfuz Omar lagi

Semalam, satu mesej jemputan telah tersebar menerusi Whatsapp yang mengatakan PAS akan membuat sidang media bersama ibu Sirul di Pejabat Agungnya pada jam 11 pagi. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Media sekali lagi 'ditemberang' apabila sidang media Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama ibu bekas korporal Sirul Azhar Umar yang sepatutnya diadakan pagi ini, sebenarnya tiada.

Perkara itu dimaklumkan seorang staf Pejabat Agung parti itu, Saripuddin Mohd Yatim kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Katanya beliau telah menerima panggilan dari Mahfuz yang dikatakannya berada di Alor Setar dan memaklumkan bahawa beliau (Mahfuz) tidak ada membuat apa-apa jemputan sidang media.

"Dia memang tidak tahu pasal sidang media ini... katanya jika ada sidang media, dia akan membuat jemputan," katanya di hadapan sekumpulan wartawan yang sedang menunggu sejak jam 10.40 pagi.

Semalam, satu mesej jemputan telah tersebar menerusi Whatsapp yang mengatakan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama ibu Sirul di Pejabat Agungnya pada jam 11 pagi. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment