Friday 27 February 2015

Enjin jet daripada pencetak 3D

ENJIN jet dihasilkan menggunakan pencetak 3D.

Melbourne: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Monash semalam mengumumkan kejayaan mereka mencipta dua enjin jet menggunakan teknologi pencetak tiga dimensi (3D).

Kejayaan itu adalah pertama di dunia dan beberapa firma pembuat dan kejuruteraan kapal terbang juga menyatakan minat dengan teknologi berkenaan.

Seorang penyelidik, Ian Smith berkata, mesin pencetak 3D itu dihasilkan melalui acuan enjin turbin milik syarikat pembuat enjin pesawat Perancis, Safran yang membekalkan enjin untuk Airbus dan Boeing.

“Apa yang penting, enjin ini mendapat pengiktirafan oleh firma kejuruteraan kapal terbang utama dunia seperti Safran dan Airbus.


“Teknologi pencetak 3D ini boleh menggunakan bahan berkualiti pesawat dan saya rasa ia adalah satu kejayaan besar,” katanya.

Menurut Smith, teknologi pencetak 3D biasanya menggunakan bahan seperti plastik dan polimer.

“Kali ini sangat mengujakan kerana kami boleh menggunakan pelbagai jenis logam termasuk titanium, nikel serta aluminium,” katanya.

Seorang lagi penyelidik, Wu Xinhua berkata, pasukannya mencipta mesin itu dengan meleraikan enjin lama sebelum mengimbas semua komponen berkenaan.

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment