Wednesday 4 February 2015

Pesawat dengan 58 penumpang terjunam ke dalam sungai di Taipei

TAIPEI: Sebuah pesawat dengan 58 penumpang terjunam ke dalam sungai di luar Taipei pada Rabu.

10 orang berjaya diselamatkan manakala berpuluh-puluh lagi masih terperangkap di dalamnya, lapor berita televisyen tempatan.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 ini sedang terbang dalam satu perjalanan domestik apabila ia terlanggar sebuah jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai, menurut laporan itu.

Kumpulan penyelamat sedang cuba menyelamatkan penumpang yang terperangkap.

Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat berdiri di atas serpihan bangkai pesawat yang besar cuba untuk menarik penumpang keluar dari fiuslaj dengan tali.

Mereka yang telah diselamatkan - termasuk dua kanak-kanak - dibawa ke pantai.

Kesemua 17 mangsa yang terselamat dibawa ke hospital, menurut laporan.

Kemalangan pada kira-kira jam 11:00 pagi (0300 GMT) itu berlaku sejurus selepas pesawat malang tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Songshan di Taipei dalam perjalanannya ke Pulau Kinmen.

Julai lalu, 48 orang terbunuh dalam satu lagi nahas melibatkan pesawat domestik TransAsia yang terhempas ke kawasan perumahan semasa ribut di Pulau Penghu di Taiwan.

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment