Wednesday 4 February 2015

6 maut dalam nahas kereta api langgar kereta di New York

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh Selasa apabila sebuah kereta api komuter merempuh sebuah kereta di atas rel di luar Bandar New York.

NEW YORK: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh Selasa apabila sebuah kereta api komuter merempuh sebuah kereta di atas rel di luar Bandar New York, media tempatan melaporkan.

Pemandu kereta maut apabila kereta api itu merempuh kenderaannya sekitar jam 6.30 petang (2330 GMT) dan lima penumpang di dalam kereta api mati selepas api membakar gerabak, NBC New York melaporkan.

Metro-Utara, pengendali kereta api berkenaan, mengesahkan kereta api Harlem Line telah melanggar sebuah kenderaan namun tidak mengumumkan berlaku kematian.

Pihak Berkuasa bergegas untuk membantu beratus-ratus penumpang yang terkejut keluar dari kereta api tersebut, yang berlepas dari Terminal Grand Central di Manhattan, MTA (Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan) dan penumpang memberitahu NBC.

Kemalangan itu berlaku di Valhalla, di luar bandar New York.

Gambar yang dipaparkan di Twitter menunjukkan sebuah kereta kereta api hitam legam dengan tingkap berkecai.

Penumpang Neil Rader yang duduk di belakang-tengah kereta api berkata dia dapat rasa satu "hentakan kecil," katanya kepada NBC.

"Rasa tak macam berhenti seketika pun, dan kemudian kereta api terus berhenti," katanya.

Penumpang terpaksa mengosongkan gerabak dengan memecahkan kaca pada pintu untuk keluar, kata Rader, sambil menambah yang dia Nampak 50 hingga 60 ambulans di tempat kejadian.

"Saya tidak pernah lihat kejadian seperti ini," katanya.

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment