Wednesday 4 February 2015

IS bakar hidup-hidup juruterbang Jordan

Detik akhir Lt Kasasbeh sebelum dibakar Militan IS. 

AMMAN – JORDAN. Kumpulan Militan Negara Islam (IS) dilaporkan bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membakar hidup-hidup juruterbang Jordan, Leftenan Mu’ath Safi Yousef al-Kaseasbeh.

Kerajaan Jordan mengesahkan kematian Kasasbeh selepas video berdurasi 22 minit diedarkan melalui akaun Twitter oleh IS, lapor BBC.

Video itu menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan sambil beberapa anggota IS menghalakan pistol ke arahnya. Lelaki itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah kurungan besi dan kemudiannya dibakar.


Sementara itu, Raja Jordan, Raja Abdullah II meminta rakyat Jordan bersatu dalam menghadapi situasi itu.

"Adalah menjadi kewajipan setiap rakyat Jordan untuk bersama-sama menghadapi dugaan ini.

“Leftenan Kasasbeh adalah wira kita,” katanya.

Juruterbang itu sebelum ini telah ditangkap apabila pesawat itu terhempas berhampiran Raqqa, Syria, semasa misi terhadap IS pada Disember lalu.

Sebelum ini, sebuah TV Jordan pernah melaporkan, Leftenan Kasasbeh telah pun dibunuh pada 3 Januari lalu.

Bagaimanapun, pihak kerajaan Jordan tetap cuba untuk mendapatkan pembebasan dirinya sejak itu.

- Sumber: Sinar Harian 

    No comments:

    Post a Comment