Wednesday 4 February 2015

Ibu bapa didakwa abai anak untuk merasa wine

Jennie Chang menghindari pihak media yang cuba merakamkan wajahnya sebaik keluar dari mahkamah.

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Sepasang suami isteri didakwa di mahkamah kerana meninggalkan dua anak kecil mereka kesejukan di dalam kereta sementara kedua-dua mereka pergi merasa wine di sebuar bar, minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa, Christopher Lucas, 41, dan Jennie Chang, 46, ditangkap pada Sabtu lalu selepas polis menerima aduan dari orang awam, lapor ABC News.

Laporan itu dipetik, dua kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam sebuah kereta.

Ketika kejadian, kereta pasangan itu dalam keadaan berkunci dan enjin tidak dihidupkan.

Suhu ketika itu berada kira-kira 33 darjah Celsius, walaupun satu jam sebelum berada di bawah paras beku.

"Kanak-kanak tersebut ditinggalkan selama satu jam dalam kereta oleh ibu bapa mereka.

"Dua beradik itu kemudiannya diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke pusat perlindungan kanak-kanak dan keluarga,” kata pegawai polis itu.

Kanak-kanak lelaki itu berumur 22 bulan manakala, kakaknya berusia 2 tahun 6 bulan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment