Saturday 14 February 2015

Maut ditetak kekasih

Yahaya (tengah) menunjukkan ketulan mampat dedaun kering ganja yang dibalut dalam plastik lut sinar.

Wee Meng dicari bagi membantu siasatan kes bunuh.

SUBANG JAYA - Polis memburu seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita warga Vietnam, 6 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Tran Thi Kim Sang, 21, dipercayai ditetak kekasihnya sebelum dihumban dari tingkat 25 sebuah pangsapuri, di sini. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa yang bekerja di sebuah kelab malam di Klang Selangor, ditemui mati oleh pengawal keselamatan di tingkat satu bangunan tersebut.

“Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati,punca kematian wanita itu bukan disebabkan terjatuh.

“Sebaliknya kita percaya, mangsa dibunuh terlebih dahulu berdasarkan kesan tetakan benda tajam pada leher dan kepala mangsa,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Ops Selamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, semalam.

Menurut Yahaya, siasatan ke atas rumah berkenaan, terdapat beberapa kesan tompokan darah namun tiada sebarang senjata digunakan suspek ditemui.

“Pemeriksaan ke atas rakaman litar tertutup (CCTV), mendapati pasangan itu tiba di bangunan itu bersama-sama pada jam 12 tengah malam, sebelum mayatnya ditemui dua jam kemudian.

“Kita percaya mangsa tinggal bersama teman lelakinya. Namun lelaki itu telah menghilangkan diri sejak kejadian. Kita percayai individu dicari masih berada dalam negara,” katanya.

Polis mencari Chan Wee Meng, 54, seorang pengurus projek di USJ 1, untuk membantu siasatan dan mereka yang tahu di mana dia berada diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Nazri di talian 019-3555507.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment