Saturday 14 February 2015

Kereta api rempuh bas di Mexico, 16 maut dan 30 cedera

MONTERREY: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh dan 30 cedera apabila sebuah kereta api barang merempuh sebuah bas sarat penumpang di timur laut Mexico pada Jumaat.

Kemalangan berlaku apabila bas berisi 60 penumpang tersebut cuba menyeberangi landasan kereta api di bandar Anahuac, kata ketua perlindungan awam negeri Nuevo Leon, Jorge Camacho kepada AFP.

Kejadian berlaku sejurus jam 5 petang waktu tempatan di stesen Camarones, berhampiran sempadan Amerika Syarikat.

Dua kanak-kanak antara 16 yang maut, kata Datuk Bandar Desiderio Urteaga.

Namun pihak berkuasa mensasarkan jumlah kematian mungkin hampir kepada 20 orang. 

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment