Saturday, 31 January 2015

Rumah sekali lagi jadi sasaran penyamun

  • Keadaan bilik yang berselerak akibat di selongkar oleh dua perompak yang mencari barang berharga
  • Keadaan bilik yang berselerak akibat di selongkar oleh dua perompak yang mencari barang berharga

SEREMBAN – Jika 22 Januari lalu cuba dipecah masuk oleh orang minyak, rumah yang sama di Taman Bukit Krtistal, dekat sini semalam jadi sasaran samun dua lelaki dipercayai warga asing.

Menurut Wong Yit Fun, 55, kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi, ketika dia sudah pergi kerja.

Katanya, semasa isterinya mahu bersembahyang, pintu rumahnya secara tiba-tiba dibuka oleh dua lelaki dan meluru masuk sambil bertindak agresif menolak isterinya sehingga ke ruang tamu.

“Seorang daripada perompak itu kemudian mendapatkan anak perempuan saya, yang ketika itu keluar dari bilik kerana terdengar bunyi bising di ruang depan.

“Kedua-dua perompak itu kemudiannya menyuruh anak dan isteri saya duduk di dalam sebuah bilik, sambil seorang daripada mereka ke dapur mengambil pisau.

“Mereka kemudiannya mengugut anak saya supaya senyap dan tidak berbuat apa-apa, dan minta serahkan semua barang berharga termasuk barang kemas dan duit.

“Bila anak dan isteri saya kata tak ada semua itu, kedua-dua lelaki itu tak puas hari. mereka meluru semula ke dapur mungkin untuk cari barang berharga.

"Dan ketika itu anak saya bertindak pantas dengan mengunci pintu bagi mengelakkan lelaki itu masuk ke bilik mereka kembali,” katanya.

Sementara itu, jirannya, Yen Chew Leng yang berusia 40-an, memberitahu semasa dia dan dua lagi jiran sedang berbual di luar rumah, mereka terdengar suara orang menjerit meminta tolong dari arah rumah Yit Fun.

Katanya, mereka kemudiannya bergegas ke rumah mangsa, dan mendapati dua lelaki itu sedang menyelongkar di ruang tamu.

“Nasib baik saya sempat bawa kayu, dengan menggunakan senjata itu sahaja, saya meluru masuk memukul perompak tersebut.

“Perompak itu kemudiannya menyerang kami dengan pisau dan besi.

“Salah seorang daripada kami bergelut dengan perompak itu, dan memukul bahagian kepalanya dengan menggunakan senjata yang ada di tangan kami.

“Pada masa itu, kami hanya memikirkan keselamatan diri sahaja dan bertindak bagi pertahankan diri,” katanya.

Dalam pergelutan itu, perompak tersebut dipercayai mengalami kecederaan berikutan terdapat banyak kesan darah di lantai rumah tersebut, sebelum kedua-dua perompak itu berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Nisan Sentra, yang diparkir berdekatan kawasan
itu.

Ketiga-tiga jiran itu, tidak mengalami sebarang kecederaan, dan mangsa juga berada dalam keadaan baik kecuali trauma dengan kejadian yang berlaku.

Disebabkan kejadian itu, laporan polis dibuat pada hari yang sama untuk tindakan susulan, dan kerugian dianggarkan lebih kurang RM2,000.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment