Saturday, 31 January 2015

Bill Gates anggap AI sebagai ancaman

Bill Gates

PENGASAS Microsoft, Bill Gates tidak faham mengapa manusia tidak bimbang dengan kemungkinan bahawa kepintaran buatan (Artificial Intelligence, AI) mampu menjadi kuat daripada manusia.

Menurut BBC, dari sebuah sesi soal jawab di laman Reddit, Gates memberitahu bahawa beliau risau dengan kepintaran super (super intelligence).

"Mesin akan membuat pelbagai kerja untuk kita (manusia) dan masih belum pandai. Itu bagus jika kita mampu mengawalnya (mesin tersebut).

"(Tapi) selepas beberapa dekad, kepintaran mereka akan bertambah dan menimbulkan kerisauan," kata Gates.

Sebelum ini, Profesor Stephen Hawking, seorang alhi fizik terkenal, memberitahu bahawa AI mampu berevolusi ke tahap yang sukar untuk manusia mengawalnya.

Pendapat Hawking juga selari dengan pendapat Elon Musk, seorang jurutera dan pencipta terkenal yang mengganggap AI lebih merbahaya dari bom nuklear.

No comments:

Post a Comment