Thursday 14 August 2014

Wisma Putra keluar nasihat perjalanan ke Afrika

Sierra Leone, Republik Guinea dan Liberia disenaraikan sebagai negara yang dilanda wabak Ebola - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihat supaya mengelak daripada melakukan lawatan ke negara Afrika yang dilanda wabak Ebola, khususnya Sierra Leone, Republik Guinea dan Liberia.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan juga meminta rakyat Malaysia agar berhati-hati apabila membuat perjalanan ke wilayah lain di Afrika.

"Kepada mereka yang terpaksa melakukan perjalanan ke negara-negara dilanda Ebola, adalah dinasihatkan supaya mengikut nasihat serta panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengurangkan risiko jangkitan," menurut kenyataan itu.

Rakyat negara ini yang menghadapi sebarang kecemasan ketika berada di negara-negara terjejas dengan Ebola boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Republik Guinea menerusi talian 00224622354050 dan00224622667879 atau emel mwconakry@kln.gov.my.

Penyakit Ebola merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.

Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian. - Bernama

No comments:

Post a Comment