Thursday 14 August 2014

Amaran angin kencang dan laut bergelora 72 jam akan datang

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan bagi tempoh 72 jam akan datang dengan keadaan angin kencang sehingga 50 kmph dan ketinggian ombak sehingga mencapai 3.5 meter.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Miri, Bintulu dan Mukah) serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga tengah hari Khamis.

Sementara itu aktiviti ribut petir di perairan Bunguran, Reef South, Reef North dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga tengah hari ini.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, menurut kenyataan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment