Friday 24 January 2014

Warga emas terlepas tuduhan cabul cucu



KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini Jumaat melepaskan dan membebaskan seorang lelaki warga emas daripada tuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya berusia 11 tahun.

Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan di luar keraguan munasabah tentang tuduhan yang dikenakan terhadap lelaki berusia 76 tahun itu.

"Setelah menimbang dengan teliti semua bukti yang dikemukakan dalam kes ini, mahkamah berpendapat, berdasarkan imbangan kemungkinan, terdapat keraguan munasabah bahawa tuduhan terhadap tertuduh lahir daripada konspirasi yang dibuat terhadapnya berikutan terdapat perebutan secara undang-undang berhubung penjagaan mangsa, iaitu cucu perempuan tertuduh, yang pada masa berkenaan, dikongsi penjagaannya oleh bapa dan emaknya," kata beliau.

Tertuduh, yang diwakili peguam Noor Azah Azizan, diperintah membela diri pada 14 Jun tahun lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di empat tempat, termasuk di dua hotel dan di dalam sebuah kereta di sini dari pukul 1 tengah hari hingga 6 petang antara April 2010 dan Oktober 2011.

Timbalan pendakwa raya Nur Hafizah Rajuni berkata pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

BERNAMA  

No comments:

Post a Comment