Friday 24 January 2014

Peniaga tawar harga murah dapat anugerah

Peniaga tawar harga murah dapat anugerah
Tengku Adnan (tengah) bergambar bersama penerima surat tawaran menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) selepas penyampaian berlangsung di ibu negara.


KUALA LUMPUR - Mana-mana premis, warung makanan dan barangan keperluan harian yang dikenal pasti menawarkan harga murah dan berpatutan akan diberi penganugerahan berbentuk pelekat yang akan ditampal di premis masing-masing.

Inisiatif itu dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai rujukan kepada pengguna dalam memperoleh tawaran harga terbaik.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, usaha itu sebagai langkah mengelakkan golongan peniaga mengambil kesempatan meletakkan harga tinggi terhadap barangan yang akhirnya membebankan rakyat.

“Banyak premis telah dikenal pasti dan kita akan mula tampal pelekat-pelekat berlogo DBKL dan KPDNKK ini mulai minggu depan. Keutamaan diberikan pada premis di kawasan perumahan seperti Bandar Tun Razak dan Setiawangsa,” katanya selepas menyempurnakan penyampaian surat tawaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 100 penerima.

Pelekat itu tidak boleh dimohon mana-mana pengusaha sebaliknya akan dianugerahkan berdasarkan bancian dan pemantauan.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, proses penawaran unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah pengundian. - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment