Friday 24 January 2014

Nicol ke final Kejohanan Juara-Juara

Nicol Ann David
Nicol Ann David


KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke final Kejohanan Juara-Juara 2014 di New York, Amerika Syarikat.

Menurut laman web kejohanan beliau mengalahkan pilihan keempat Alison Waters dari England 11-8, 11-8 dan 12-10 dalam masa 46 minit.

Nicol yang mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern di suku akhir pada Khamis, akan menentang rakan Alison, Laura Massaro.

Laura yang merupakan pemain nombor dua dunia dan pilihan kedua mara ke final setelah mengalahkan pilihan kelima Camille Serme dari Perancis 11-5, 3-11, 11-6 dan 11-9 dalam masa 62 minit. - Bernama

No comments:

Post a Comment