Friday 24 January 2014

Terbaru: Bot penumpang karam di Sarawak, 17 diselamatkan dan seorang masih hilang



SARIKEI: Belum pun selesai pencarian seorang mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Batang Lassa, Daro, Mukah di Sarawak minggu lalu, satu lagi insiden bot penumpang terbalik berlaku di Sarikei, Sarawak.

Dalam kejadian 6:50 pagi tadi, 17 penumpang selamat manakala seorang dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Penguasa Bomba Zon Tengah, Abdul Mutalib,kejadian berlaku di Sungai Sian, Bintangor, Sarikei , iaitu 20 minit selepas berlepas dari jeti.

Ketika kejadian, 18 penumpang berada di dalam bot panjang berkenaan.

Difahamkan kebanyakan penumpang berjaya diselamatkan oleh krew kapal tongkang yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

Mangsa yang dilaporkan hilang adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur antara 20 hingga ke 30 tahun.

Sehubungan itu operasi mencari dan menyelamat melibatkan kira kira lapan anggota Bomba dan Penyelamat Bintangor sedang giat dijalankan. - ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment