Thursday 27 November 2014

Tragik: Budak tiga tahun tertembak mati ibunya



Polis percaya, kanak-kanak itu telah tidak sengaja menarik picu pistol 9mm separa automatik yang penuh peluru dan kemudian tertembak ibunya. - Gambar hiasan: cdn.hiphopwired.com

OKLAHOMA: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun secara tidak sengaja telah tertembak ibu sendiri di kepala dan mengakibatkan maut.

Laporan yang dikeluarkan oleh Tulsa World berkata, ketika kejadian wanita berkenaan, Christa Engles, 26, sedang leka menyalin lampin anak perempuannya yang berumur 10 bulan.

Sarjan Dave Walker dari Jabatan Polis Tulsa memberitahu, Engles telah dikejarkan ke bahagian kritikal hospital Tulsa namun meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Polis percaya, kanak-kanak itu telah tidak sengaja menarik picu pistol 9mm separa automatik yang penuh peluru dan kemudian tertembak ibunya.

Difahamkan, pistol bekenaan telah diletakkan di atas sebuah meja di tepi sofa yang mudah dicapai kanak-kanak tersebut.

Neneknya yang turut menetap bersama keluarga tersebut telah ke bahagian ruang tamu sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan dan segera menghubungi polis.

Brian, bapa kepada kanak-kanak tersebut yang merupakan seorang pemandu lori pulang ke rumah sebaik sahaja mengetahui mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan itu lagi, polis hanya menjalankan siasatan ke atas bukti-bukti yang ditemui kerana kanak-kanak terbabit hanya satu-satunya saksi langsung. 

- Sumber: Agensi 

No comments:

Post a Comment