Thursday 27 November 2014

Dita Von Teese datang ke Malaysia senyap-senyap?


Antara gambar yang dimuatnaik Von Teese di Instagramnya dengan kapsyen: “A postcard from Kuala Lumpur’s lush aviary”


Ratu opera Burlesque, Dita Von Teese yang terkenal dengan pinggangnya yang berukuran 23 inci baru-baru ini dilihat berada di Kuala Lumpur.

Kedatangan Von Teese atau nama sebenarnya Heather Renee dikatakan atas jemputan sebuah jenama mewah barangan kemas.

Astro AWANI dimaklumkan bahawa kedatangan penari, model, pereka kostum dan pelakon ini ke Malaysia dirahsiakan atas sebab-sebab yang tidak diberitahu.

Von Teese yang juga isteri kepada penyanyi Marilyn Manson melalui akaun Instagramnya kelihatan seronok berada di Malaysia dan sempat mengabadikan kenangan di beberapa tempat di ibu negara.

"Tourist day in Malaysia today" kata Von Teese di Instagramnya Von Tesse semasa bersiar-siar di Rumah Tradisional Melayu di ibu negara kelihatan mengenakan pakaian berbunga serta skarf dan bercermin mata gelap seolah-olah tidak mehu identitinya diketahui.

Von Teese dilihat ringkas dan bersahaja, lain daripada gaya seksinya yang dikenali ramai. Di gambar tersebut, Von Teese menulis: 'Tourist day in Malaysia today'.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment