Saturday 11 October 2014

Produk anti kanser

Othman menunjukkan biskut anti kanser, XG17. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
Othman menunjukkan biskut anti kanser, XG17. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

XG Health menerusi jenama XG17 memperkenalkan produk anti kanser berasaskan herba dan tumbuhan bagi empat produk keluarannya iaitu biskut, coklat, teh dan penjagaan kulit.

Pengarah Urusannya, Othman Mohd Said berkata, syarikatnya menjalankan aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) sejak 2010 dengan nilai pelaburan awal RM70,000.

"Keempat-empat produk kami mengandungi anti kanser dengan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Selama empat tahun kami melakukan ujian di hospital-hospital dan rumah orang-orang tua untuk melihat keberkesanannya dan selepas terbukti berkesan daripada pengguna, barulah kami lancarkan, sekali gus menjual produk ini kepada orang ramai," katanya ketika ditemui sempena Pameran Herbal Asia 2014 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

XG17 dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serentak perasmian pameran itu.

Menurutnya, bagi peringkat awal, produk XG17 memulakan tumpuan pemasaran menerusi pengedar di Lembah Klang, Pantai Timur, Utara, Selatan dan Sabah serta Sarawak.

Namun, buat masa ini, kesemua produk XG17 hanya boleh diberi secara terus menerusi syarikat itu.

Katanya, syarikatnya kini dalam perbincangan untuk mendapatkan pengedar di beberapa negeri.

"Kami mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat menjadi pengedar," katanya.

Selain itu, XG Health bakal memasuki pasaran China dan Hong Kong menjelang awal 2015.

Othman berkata, syarikatnya turut menerima tawaran daripada farmasi ketika pameran Herbal Asia 2014 yang berlangsung di Matrade.

Bukan itu sahaja, produk itu akan dijual menerusi hospital-hospital dan pusat jagaan orang-orang tua.

"Bagi 12 bulan pertama selepas pelancaran ini, kami menjangkakan mencapai sasaran jualan RM6 juta," katanya yang turut bekerjasama dengan pakar-pakar kesihatan bagi menghasilkan produk berkenaan.

Kesemua produk XG17 dijual dengan harga pasaran bermula RM25 sehingga RM180.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment