Thursday 9 October 2014

Pertempuran ragut sembilan nyawa

Kekecohan turut menyebabkan pertempuran antara penduduk Kashmir dengan polis India.

SRINAGAR - INDIA. Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan puluhan ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas pertempuran antara tentera India dan Pakistan di wilayah sempadan yang memisahkan dua negara itu.

Pihak berkuasa India memaklumkan, lima penduduk India termasuk seorang kanak-kanak maut dan 35 cedera, manakala tentera Pakistan memberitahu empat rakyatnya terbunuh termasuk dua orang kanak-kanak.

Keganasan kelmarin disifatkan sebagai salah satu daripada insiden terburuk sejak gencatan senjata 2003 antara India dan Pakistan.

Menurut Arab News, kedua belah pihak menyalahkan satu sama lain atas serangan yang tercetus ketika awal pagi itu.

Serangan berterusan tembakan peluru dan bedilan berlaku di beberapa kawasan di sepanjang sempadan termasuk sempadan pembahagian di wilayah Jammu.

Susulan serangan itu, tentera India telah memindahkan puluhan ribu penduduk sekitar ke kubu bawah tanah dan beberapa pusat perlindungan kerajaan.

- Sumber: Sinar Harian, October 7, 2014

No comments:

Post a Comment