Thursday 9 October 2014

Empat daerah alami gangguan bekalan air Khamis ini

Gambar hiasan. - Sumber Internet

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di empat daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada Khamis ini (9 Oktober) mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium Abass Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih. 

Katanya, pada masa sama pihak Syabas turut melaksanakan kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurutnya di Sepang, kawasan yang terjejas ialah Bandar Baru Salak Tinggi, IOI Sepang, Mardi, Suria Tropika, D'Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra dan Sungai Buah.

Di Petaling, kawasan terjejas ialah Bandar Bukit Puchong, Bandar Putra Permai, Bukit Puchong, Bukit Serdang, Kota Perdana, Lestari Perdana, Meranti Puchong, Lestari Puchong, Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Puncak Jalil, Pasar Borong Selangor, Hospital Serdang dan Astro Bukit Jalil.

Di Hulu Langat, kawasan terjejas ialah Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Kampung Rinching Hilir, Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Kampung Sungai Purun, Semenyih, Mines Resort dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Kawasan yang terjejas di Gombak ialah Air Panas Setapak, Hospital Columbia, Jalan Semarak, Taman Danau Kota, Kampung Bandar Dalam, Taman Prima Setapak, Jalan Genting Kelang, Jalan Langkawi, Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak. 

-Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment