Thursday 9 October 2014

Lelaki dijumpai mati tergantung di Kemaman

Menurut bapanya, mangsa dikatakan mempunyai masalah rumahtangga dan sering berselisih faham dengan isterinya. - Foto Fail

KEMAMAN: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam sebuah rumah di Taman Rumah Murah Kampung Bukit Kuang, Kemaman pagi tadi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui oleh bapanya yang pergi ke rumah mangsa lebih kurang jam 10 pagi.

Terkejut dengan kejadian itu, bapa mangsa terus menghubungi pihak polis sebelum memanggil ahli keluarganya dan jiran tetangga.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki berumur setahun.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, sewaktu kejadian isteri mangsa dan cucunya tiada di rumah berkenaan dipercayai meninggalkan rumah sejak Rabu malam.

Menurut bapanya, mangsa dikatakan mempunyai masalah rumahtangga dan sering berselisih faham dengan isterinya .

Bapa mangsa hanya menyedari menantu dan cucunya tiada di rumah berkenaan sejurus menemui mangsa dalam keadaan tergantung.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Polis menyifatkan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan meneruskan siasatan.

Mayat mangsa dituntut oleh warisnya tengahari tadi.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment