Thursday 9 October 2014

Kamera bagi jurugambar amatur, ketagih selfie


NIKON Malaysia Sdn Bhd melancarkan dua model baharu - revolusi Nikon D750 dan Nikon Coolpix S6900 yang canggih - bagi meneroka minat yang semakin meningkat dalam fotografi, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Nikon D750 dan Coolpix S6900, masing-masing direka khas untuk menarik keperluan jurugambar amatur dan mereka yang ketagih 'selfie'. 

Pengarah Urusan Nikon Malaysia dan Singapura Noriaki Yamaguchi berkata terdapat permintaan yang kukuh dalam mengambil gambar berkualiti tinggi yang tidak dapat dilakukan oleh telefon pintar, sebaliknya oleh kamera digital lensa tunggal refleks (DSLR).

"Saya yakin permintaan ini akan terus berkembang dalam tempoh terdekat, dan saya dengan bangga memperkenalkan dua produk baharu kami untuk terus mengukuhkan barisan kamera kami dan memenuhi keperluan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nikon D750, kamera format bingkai penuh Nikon paling kecil dan paling ringan untuk memberikan kualiti imej yang luar biasa dalam pakej bersesuaian dengan ciri-ciri yang diperkayakan, telah berada di pasaran pada harga RM6,998 (badan kamera sahaja). 

Nikon Coolpix S6900, teman yang ideal bagi mereka yang ingin mengambil potret diri yang cantik dan menampilkan pelbagai fungsi yang kreatif dalam bentuk kompak, akan memasuki pasaran pada bulan ini dan berharga RM998. 

No comments:

Post a Comment