Tuesday 28 October 2014

Pendengaran rayuan terakhir kes liwat II Anwar Ibrahim



Anwar mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.


Hari ini dan esok berlangsung pendengaran rayuan terakhir pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.

Sesi pendengaran panel lima hakim akan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati kumpulan penyokong Anwar dan pemerhati tiba seawal pukul 7 pagi tadi bagi memberikan sokongan kepada beliau.

Suasana sekitar mahkamah bagaimanapun dikawal ketat oleh pasukan keselamatan yang bertugas.


Mahkamah Persekutuan dikawal ketat utk pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim@501Awanipic.twitter.com/1ZJmnHAN8W— syaf (@syafique) October 27, 2014


"Jangan takut. Jangan panik" pesan Dr Afif Bahardin, Timb Ketua Angkatan Muda Keadilan kepada anggotanya@501Awanipic.twitter.com/QOupThEGnh— syaf (@syafique) October 27, 2014


Para penyokong menanti ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim @501Awanipic.twitter.com/Do4Nm4OuE5— syaf (@syafique) October 28, 2014


Antara yang tiba memberikan sokongan kepada Anwar adalah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Aliyang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.



MB Selangor Azmin Ali tiba di Mahkamah Persekutuan@501Awanipic.twitter.com/GYtAndCESd— syaf (@syafique) October 28, 2014

"Dalam 2-3 bulan ini, DS Anwar Ibrahim sudah bersedia... Dan parti juga sudah bersedia dengan apa-apa kemungkinan" - Rafizi Ramli @501Awani— syaf (@syafique) October 28, 2014

Anwar tiba sekitar jam 8.54 pagi tadi. Anwar memberitahu wartawan yang beliau telah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan rayuan itu nanti.

Dia dilihat memasuki kamar mahkamah sekitar 8.55 pagi, diiringi isteri, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan anak-anaknya termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.


DSAI bertemu dgn penyokong di luar Mahkamah Persekutuan, penyokong melaungkan "reformasi!!"@501Awanipic.twitter.com/Tx5vREKnzy— syaf (@syafique) October 28, 2014


Lapor Bernama, Peguambela Anwar, Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari pasukan pembelaan dengan atas sebab masalah kesihatan. Anwar diwakili oleh 14 peguam.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Panel lima hakim itu kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah juga akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar.

Sementara itu sedikit kekecohan dilaporkan tercetus selepas salah seorang yang hadir membakar sehelai t-shirt.

Keadaan tegang selepas sekumpulan membakar t-shirt "Justice for Saiful". Menjadi tanda tanya org ramai@501Awanipic.twitter.com/5tTDbB9pcG— syaf (@syafique) October 28, 2014

T-shirt "justice fo Saiful" yang di bakar. @501Awanipic.twitter.com/MrQrAt39Vq— syaf (@syafique) October 28, 2014

Keadaan kembali terkawal setelah kedua-dua pihak berbincang. Menyifatkan ia sebagai 'miscommunication'@501Awani— syaf (@syafique) October 28, 2014

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment