Tuesday 28 October 2014

Kim Kardashian masih gunakan Blackberry

Gambar fail - Kim Kardashian

Blackberry mungkin gagal bersaing dengan jenama yang menggunakan sistem operasi Android dan juga iOS, namun bintang realiti TV popular, Kim Kardashian masih menggunakannya.

Malah, Kardashian masih menggunakan Blackberry Bold yang sama sejak enam tahun yang lalu.

Dalam temubualnya dalam persidangan Code Mobile Recode pada Isnin, Kardashian memberitahu Bold digunakan untuk fungsi email manakala iPhone digunakan untuk berinteraksi di media sosial.

Bukan sahaja Kardashian, antara ikon yang menggunakan Blackberry untuk tujuan email adalah presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Huffington Post, Arianna Huffington.

Alasan yang diberikan kebanyakan pengguna Blackberry ia lebih senang digunakan untuk membalas dan menulis email kerana ia mempunyai papan kekunci fizikal.

Penggunaan Blackberry juga popular di kalangan kakitangan firma guaman Wall Street dan golongan profesional lain di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Kardashian dijangka meluaskan perniagaannya dalam aplikasi peranti mudah alih selepas kejayaan permainan video Kim Kardashian Hollywood.

Tahun ini sahaja, permainan video yang menjadi viral itu dilaporkan mengaut pendapatan sekitar AS$200 juta.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment