Saturday 13 September 2014

Ini dia pakar penggal kelapa

Georgetown: Aksinya memenggal buah kelapa muda di atas tangan menggunakan parang pendek pasti membuatkan ramai yang kecut perut, namun itu antara tarikan air kelapa segar yang dijual P Rangen sejak 35 tahun lalu.

Menurut Rangen, 54, aksi ngerinya itu bukan bertujuan menunjuk-nunjuk sebaliknya sudah terbiasa dengan cara begitu walaupun pernah cedera akibat terlibas jarinya sehingga hampir putus, 12 tahun lalu.

Kecederaan itu, katanya, tidak pernah membuatkannya serik, malah lebih berhati-hati terutamanya jika ada pelanggan yang berada dalam jarak yang terlalu rapat untuk merakamkan aksinya itu.

“Saya tidak memerlukan tunggul kelapa sebagai tempat pemotong kelapa kerana merasakan ia lebih susah apabila terpaksa membongkok untuk memotong yang akan menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu lama.

RANGEN menunjuk aksinya memotong kelapa muda yang memang mengasyikkan. Gambar kecil, Rangen menunjukkan tangannya yang hampir terputus.


“Sebaliknya dengan memotong kelapa sambil berdiri, tiga kali libasan sudah cukup dan air kelapa sudah sedia diminum dalam masa kurang lima saat,” katanya ketika ditemui di gerainya di di Lorong Abu Siti.

-- Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment