Monday 14 July 2014

Samsung Smart Camera NX3000 mula dipasarkan di Malaysia - RM1699

Samsung telah mula menawarkan kamera digital terbaru mereka, iaitu SMART Camera NX3000. Kamera ini dilengkapi dengan lensa 16-50mm F3.5-5.6 Power Zoom ED OIS.


Samsung SMART Camera NX3000 dikuadakan dengan sensor 20.3-megapixel APS-C CMOS, kebolehan rakaman berterusan sehingga 5fps, dan juga shutter speed pada 1/4000. Disamping itu, kamera ini turut membawakan rekaan retro – berbeza dengan beberapa kamera lain.

Untuk fungsi pintar pula, pihak Samsung menyertakan beberapa mod rakaman, selain turut menyertakan sokongan NFC untuk perkongsian gambar dengan lebih mudah.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam pilihan warna putih, hitam, dan perang pada harga RM1699.

Sumber: Amanz

No comments:

Post a Comment