Monday, 14 July 2014

Gara-gara Argentina kalah, Khairy jadi bahan 'troll' di Twitter

Trending di Twitter hari ini apabila pengguna platform media sosial itu menjadikan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai ‘bahan belasahan’ selepas kekalahan Argentina kepada Jerman (0-1) awal pagi tadi.

Khairy yang sebelum ini mengakui menyokong pasukan Argentina bersikap ‘sporting’ dengan berkongsi 'retweet'fotonya yang disunting seolah-olah menangis oleh seorang pengguna Twitter.





Foto itu yang dimuat naik sejak 5:49 pagi tadi telah mengumpul hampir 4,800 ‘retweets’ dan mengumpul 1,290 ‘favourites’.


Berapa lama korang nak bash aku ni? Bulan puasa. Tak baik bash orang. Vamos.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 13, 2014


Khairy menjadi bahan usikan oleh pengikutnya apabila beliau sebelum itu dengan yakin meramalkan Argentina akan menjuarai Piala Dunia edisi kali ini.


Sementara menunggu Germany disayurkan oleh Argentina, cari lah best fren, abam atau adik dan buat satu team untuk...http://t.co/a0WR7XMNPt— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 13, 2014


Selain ‘dibahan’ oleh pengguna twitter, Khairy turut ‘dibelasah’ oleh ‘bos’nya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik selepas perlawanan tamat.


PM sokong Jerman. Confirm. Beliau yakin Jerman menang. “@nursaffinasir: Yb @Khairykjtolong pujuk datuk najib sokong argentina okay”
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 13, 2014

Yang paling kuat bahan aku tadi kat Dataran.pic.twitter.com/uxPBkR7Uvo— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 13, 2014


Najib dan Khairy adalah diantara 25,000 peminat bola sepak yang berkumpul di Dataran Merdeka pagi tadi bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 bersama-sama orang ramai yang memeriahkan program Fiesta Samba Brazil anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS).

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment