Monday 14 July 2014

Lelaki ceroboh padang, final Piala Dunia hampir terhenti


Petugas keselamatan sedang menahan seorang lelaki yang menceroboh padang.


KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Piala Dunia terhenti kira-kira satu minit gara-gara seorang penonton menceroboh masuk ke padang di Estadio do Maracana di Rio de Janeiro pada awal pagi tadi.

Semasa kejadian pada minit ke-82 itu, Jerman dan Argentina sedang terikat tanpa jaringan.

Lelaki tersebut kelihatan memakai T-shirt, bercelana pendek dan juga mengenakan kasut bola sepak berwarna jingga menyusup masuk ke dalam kawasan padang melalui kawasan sebelah penyokong Jerman.

Dia berlari menuju ke kawasan bangku simpanan Jerman sambil membaling topinya ke rumput dan cuba untuk menghampiri pertahanan Jerman, benedikt Howedes.

Lelaki itu berjaya lari sejauh 20 meter sebeum empat staf keselamatan bergelut dan berjaya menahannya.

Ini adalah kali ketiga penonton menceroboh kawasan padang dalam kejohanan Piala Dunia.

Dua kejadian sebelum ini berlaku ketika perlawanan antara Amerika Syarikat dan Belgium ketika peringkat kalah mati dan perlawanan kumpulan antara Jerman dan Ghana.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment