Monday, 14 July 2014

Jadi kegilaan di era 90-an

Spice Girl
Spice Girl

SUATU ketika dahulu band wanita ini amat digilai peminat muzik Hollywood dan tempatan. Bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, band yang terkenal pada era 90-an ini bagai dilupakan.

Bagi peminat seni kini, mungkin mereka tidak mengenali beberapa band yang pernah mencipta fenomena dengan lagu berhantu mereka. Tetapi, bagi yang membesar dengan band tersebut, pasti lagu-lagu mereka terus menjadi pujaan.



Spice Girl


Nama Spice Girl terus popular sehingga kini kerana salah seorang anggotanya, Victoria Beckham (Posh Spice) berkahwin dengan bintang bola sepak terkenal iaitu David Beckham.

Malah Victoria sendiri mempunyai pengaruh dalam bidang seni kerana fesyennya. Selain itu hanya Melanie Brown atau Scary Spice masih segar dalam bidang seni kerana mempunyai rancangan televisyen realiti sendiri.

Tiga lagi anggota lain iaitu Melanie Chisholm (Sporty Spice), Emma Bunton (Baby Spice) dan Geri Halliwell (Ginger Spice) lebih selesa mengurangkan diri dari terlibat dalam bidang seni.

Antara lagu-lagu popular kumpulan ini termasuklah Mama, Wannabe, Viva Forever dan Stop. Menariknya, album pertama mereka Spice pernah terjual lebih dari 30 juta.


Atomic Kitten


Kumpulan wanita yang mengangkat genre pop ini dianggotai tiga gadis jelita iaitu Liz McClarnon, Natasha Hamilton dan Kerry Katona.

Ditubuhkan sekitar tahun 1998, Atomic Kitten sangat dikenali menerusi lagu The Tide Is Hide, Whole Again dan Eternal Flame.

Menarik mengenai kumpulan ini, mereka adalah kumpulan wanita keempat yang dinobatkan sebagai penjualan album kumpulan wanita terbaik sepanjang masa.


All Saints


Bukan calang-calang All Saint merupakan kumpulan wanita yang mencatat jualan album tertinggi sehingga mencecah jutaan ringgit.

Dianggotai empat gadis muda Melanie Blatt, Shaznay Lewis bersama pasangan adik beradik Natalie dan Nicole Appleton. Ditubuhkan sekitar tahun 1995, All Saint merupakan kumpulan wanita paling popular sekitar era 90-an.

Mereka juga mencatat sembilan single terhebat menerusi lagu-lagu Never Ever, Black Coffee, I Know Where It, No More Lies dan Heaven.


Destiny's Child


Siapa yang tidak kenal dengan anggota kumpulan Destiny’s Child, BeyoncĂ© Knowles. Meskipun kumpulan ini telah berkubur namun Knowles masih popular sehingga kini.

Ini kerana dia meneruskan misinya sebagai penyanyi solo selepas keluar dari Destiny's Child. Selain Knowles kumpulan ini turut dianggotai Kelly Rowland dan Michelle Williams. Ketika bersama, mereka amat terkenal menerusi lagu Bills, Bills, Bills dan Say My Name.


TLC


Merupakan kumpulan gadis yang memperjuangkan lagu-lagu berentak R&B dan Hip Hop. Sepanjang berada dalam industri muzik Hollywood, mereka sangat popular dengan lagu Waterfall dan Scrub.

Meskipun kumpulan dianggotai Tionne Watkins, Lisa Lopes dan Rozonda Thomas mempunyai peminat yang besar, namun mereka terpaksa berpisah kerana mempunyai masalah dengan syarikat rakaman.


B*Witched


Dianggotai kembar berbangsa Irish, Edele dan Keavy Lynch, Lindsay Armaou dan SinĂ©ad O’Carroll, kumpulan ini sangat aktif antara tahun 1997 hingga 2002.

Menariknya mereka satu-satu kumpulan yang berjaya mencatat lapan single di carta lagu UK Top 20. Empat single pertama C’est la Vie, Rollercoaster, To You I Belong dan Blame It on the Weatherman pernah dinobatkan tempat pertama menerusi carta tersebut.

Kumpulan ini juga berjaya menjual album mereka melebihi 3 juta. Bagaimanapun, pada tahun 2002, mereka terpaksa berpecah kerana alasan tersendiri.

Hiburan @Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment