Monday 21 July 2014

Pengusaha balak mati lemas

Bee See (tiga, kanan) menunggu mayat Ah Sing di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam. Gambar kecil: Ah Sing.
Bee See (tiga, kanan) menunggu mayat Ah Sing di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam. Gambar kecil: Ah Sing.


ALOR SETAR - Niat hati mahu melepaskan ‘hajat’, namun tidak sangka malang menimpa hingga meragut nyawanya apabila mati lemas dalam Sungai Kedah berdekatan Pekan Cina, di sini, kelmarin.

Mayat pengusaha balak, Chua Ah Sing, 60, yang lengkap berbaju merah gelap dan berseluar pendek ditemui lemas dalam sungai berkenaan oleh unit skuba bomba awal pagi semalam.

Anak saudaranya, Lim Ah Kow, 59, berkata, mangsa keluar minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran Pekan Cina kira-kira jam 7 petang kelmarin.

“Pakcik dipercayai tergelincir ketika ingin membuang air kecil di tepi sungai.

“Dia sempat menghubungi isterinya kira-kira 7.30 petang sebelum terjatuh.

“Dia bertanya isterinya, Chew Bee See, 58, yang sedang membeli belah bersama isteri saya di sebuah pasar raya dekat sini ketika mahu pulang ke kediaman mereka di Taman Sri Abadi,” katanya.

Bagaimanapun, apabila isteri mangsa menghubungi suaminya semula kira-kira jam 8.30 malam, tiada respon diterima sehingga menimbulkan rasa bimbang.

Menurutnya, kehilangan Ah Sing mula disedari rakan-rakan selepas mereka mendapati kereta miliknya masih ada manakala kasutnya tertinggal di tepi sungai lokasi kejadian.

Ah Kow berkata, sememangnya menjadi kebiasaan mangsa yang tidak memiliki anak keluar minum bersama rakan-rakan di situ setiap hari. - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment