Monday 21 July 2014

Boikot Piala Dunia 2018 di Rusia, gesa bekas pemain Belanda

Bekas bintang bolasepak Netherlands, John van't Schip menggesa Persatuan Bolasepak Diraja Belanda (KVNB) dan kerajaan negara itu memulaukan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia.

Dalam gesaannya di Twitter itu, beliau turut menyeru Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyertai boikot itu.

Ik zeg oproep aan @KNVB Ned. Regering en #FIFA om#WK2018 in Rusland te #boycotten!! #MH017— john van't schip (@johnvantschip7) July 20, 2014

Bekas pemain Ajax dan Genoa itu kini membimbing kelab Liga A Australia, Melbourne City. Beliau mewakili Belanda semasa Piala Dunia 1990 di Itali.

Van't Schip membuat gesaan itu sebagai reaksi kepada dakwaan penglibatan Rusia dalam nahas pesawat penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di kawasan dekat sempadan Ukraine-Rusia. Kawasan itu dikuasai oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Sejumlah 298 orang terbunuh termasuk 193 warga Belanda. - Agensi 

No comments:

Post a Comment