Wednesday 9 July 2014

Jaclyn Victor ke Hollywood perkenal single baru 'Remedy'

Remedy adalah salah satu single daripada album terbaru Jaclyn Victor berjudul Unleashed


KUALA LUMPUR: Penyanyi versatil dan berbakat besar, Jaclyn Victor kini berada di Hollywood dalam usahanya menembusi pasaran antarabangsa.

Juara Malaysian Idol pada tahun 2004 itu akan memperkenalkan single terbarunya ‘Remedy’ melalui pelbagai siri pertunjukan pentas serta temuramah media sekitar California.

Program bermula dari 5 sehingga 13 Julai ini adalah siri promosi yang pertama di peringkat antarabangsa yang telah dirancangkan oleh syarikat naungannya, KRU Music.

Jaclyn turut memuatnaik di Facebook rasminya, gambar Billboard di kelab The Whisky A Go Go, Sunset Boulevard di Hollywood yang tertera namanya sebagai salah seorang artis yang membuat persembahan.

Peminat setia serta beberapa rakan artis yang lain sangat teruja dan bangga apabila melihat namanya terpampang di billboard itu.


Gambar dari Facebook rasmi Jaclyn Victor


Remedy merupakan sebuah lagu yang ditulis oleh Yusry Abdul Halim dan melodinya oleh Edry Abdul Halim.

Remedy yang bergenre pop itu adalah salah satu single daripada album terbaru Jaclyn berjudul Unleashed yang akan berada di pasaran pada September ini.

Diterbitkan oleh Edry, album ini turut menampilkan empat lagi single seperti Pinnacle, Sweeter Than A Dream, Over And Over and Delirious.

Album ini telah dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur, proses adunan dan ‘mastering’ telah dibuat di Los Angeles.

Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment