Wednesday, 9 July 2014

Bung Mokhtar buat hal lagi

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi tadi dengan Adolf Hitler.

Tidak lama selepas Jerman memalukan pasukan tuan rumah itu yang bermain di hadapan puluhan ribu penontonnya sendiri, Bung Mokhtar menulis seperti ini di akaun Twitternya.


WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER...— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) July 8, 2014 
Kenyataan itu mendapat reaksi negatif daripada pengguna Twitter yang lain. Bung Mokhtar bagaimanapun menyelar mereka yang mengkritiknya itu. 
"@ZahidNadzri: Wtf? RT"@MyKinabatangan: WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER...""say it to ur self..— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) July 8, 2014
"@mohdhafidh: Ingat kelakar la tu. RT “@MyKinabatangan: WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER...”"MUNGKIN ANDA ADA MASALAH AKAL.— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) July 8, 2014

"@redzwanrashid: “@MyKinabatangan: WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER. ex of one of our Member of Parliament. Y I'm not shocked?"WHATEVER.— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) July 8, 2014

"@shaike49: "@MyKinabatangan: WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER..." low class crazy MP."u can get lost..and enjoy with the loser..— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) July 8, 2014


Kenyataan itu agak tidak disenangi oleh banyak pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.


Long live Hitler izzit? Tak paham ke awak yang first in line at Auschwitz kalau si gile tu hidup? #rugipisekolah— Kudsia Kahar (@Kudsia_Kahar) July 9, 2014

I cannot brain how an MP can actually say "long live Hitler" in 2014. And in support of a German team so far off from Hitler's ideals.— Thiago Syilva (@syahredzan) July 9, 2014
Abaikanlah penyokong Hitler itu, IQ di bawah 70 memang mempunyai masalah membezakan antara benar dan salah, realiti dan ilusi.— Anas Alam Faizli (@aafaizli)July 8, 2014
So... Is anyone going to tell Bung Mokhtar Hitler is dead?— Q.J (@Qayzr) July 8, 2014
Aduh Bung.. U sure ur an MP?? #Facepalm@MyKinabatangan: WELL DONE..BRAVO...LONG LIVE HITLER...”— Melayu Tongkang™ (@Jud9e) July 8, 2014


Beberapa orang pengguna Twitter turut menyebarkan kenyataan Bung Mokhtar itu kepada beberapa akaun Twitter media antarabangsa termasuk BBC, CNN dan AlJazeera.

Kenyataan Bung Mokhtar itu dipercayai bukan satu-satunya komen yang mengaitkan perlawanan separuh akhir itu dengan Hitler.

Seorang pembantu kepada menteri kabinet di Nigeria juga membuat kenyataan dengan nada yang sama tetapi kemudian menariknya balik.

Semakan di Twitter menunjukkan beberapa pengguna Twitter di luar Malaysia turut mengecam dan mengeluh tentang sikap beberapa pihak yang mengaitkan kemenangan Jerman itu dengan Hitler dan Nazi.


Seriously, people who joke about Hitler and nazism don't know the weight of this for Germans. It is stupid and not ok.— Amy Jade (@rocknredemption) July 8, 2014

stop with the hitler jokes and comments. it's not a thing to take lightly. it's a football game, nothing to do with Germany's past— GERMANY (@breathebieberr) July 8, 2014


Hitler memimpin Nazi antara 1933 hingga 1945 dan bertanggungjawab ke atas pembantaian ke atas jutaan orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Bung Mokhtar jadi ahli parlimen sejak 1999. Ini bukan kali pertama kenyataannya mencetuskan kontroversi. Beliau sebelum ini dikecam kerana membuat kenyataan kurang sensitif tentang wanita, perkauman dan beberapa hal lain.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment