Dua cabang iaitu Kelana Jaya dan Puchong dijadualkan membuat pemilihan semula pada 10 Ogos nanti - Gambar Fail
PETALING JAYA: Hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menduduki kerusi nombor dua PKR hampir terkubur setelah keputusan terkini diumumkan.
Keputusan sehingga 28 Jun yang dikeluarkan hari ini menyaksikan Abdul Khalid tewas dengan majoriti 3, 458 undi kepada Mohamed Azmin Ali.
Abdul Khalid mendapat 17, 608 undi manakala Azmin memperolehi 21, 066 undi sementara seorang lagi calon, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendapat 9,994 undi.
Keputusan ini melibatkan 195 daripada 198 cabang PKR di seluruh negara yang telah menjalankan proses pemilihan.
Dua cabang iaitu Kelana Jaya dan Puchong dijadualkan membuat pemilihan semula pada 10 Ogos nanti manakala keputusan untuk cabang Pensiangan masih belum disahkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu, keputusan penuh akan diumumkan di Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati pada 22 hingga 24 Ogos nanti.
"Kami akan mengumumkan keputusan penuh pemilihan yang melibatkan semua cabang di Kongres Nasional pada 22 hingga 24 Ogos nanti," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
- Astro Awani
No comments:
Post a Comment