Tuesday, 6 May 2014

Seorang maut dan 23 cedera gempa bumi di Thailand

Seorang penduduk menunjukkan keretakan jalan raya ekoran gempa bumi yang melanda di daerah Phan, wilayah Chiang Rai, utara Thailand. --fotoAP


BANGKOK: Seorang wanita warga emas maut manakala 23 orang yang lain cedera selepas satu gempa bumi kuat melanda utara Thailand pada Selasa.

Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, wanita berusia 83 tahun itu meninggal dunia kerana ditimpa dinding rumahnya yang runtuh disebabkan gempa bumi yang berlaku pada skala 6.0 magnitud.

“23 orang tercedera dalam insiden yang berbeza disebabkan oleh gempa bumi tersebut” kata seoang pegawai kepada AFP.

Gegaran berlaku di kedalaman 7.4 kilometer dari dasar laut berpusat di daerah Phan, wilayah Chiang Rai.

Ahli geologi berkata gegaran tersebut turut dirasai sehingga ke Selatan Bangkok dan juga Yangon.

--Agensi

No comments:

Post a Comment