Enam orang tercedera ditikam di stesen keretapi di China pada Selasa. Gambar: AFP
BEIJING: Enam orang tercedera ditikam di stesen keretapi di China pada Selasa, rentetan siri keganasan yang dipercayai dilakukan oleh pengganas dari Xinjiang.
Polis telah melepaskan tembakan kepada salah seorang penyerang di stesen keretapi Guangzhou, kata seorang penguatkuasa bandar tersebut.
Enam yang tercedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Empat penyerang terlibat, menurut akhbar People's Daily, penyerang tersebut memakai topi berwarna putih.
Polis kemudiannya melepaskan tembakan setelah penyerang tersebut tidak mengendahkan amaran yang diberi.
Seorang daripada penyerang itu maut manakala rakannya berjaya ditangkap.
Dua orang lagi berjaya lolos.
Insiden itu terjadi kurang dari seminggu selepas satu letupan maut yang menyebabkan dua orang penyerang dan seorang orang awam maut manakala 79 lagi cedera di stesen keretapi Urumqi di ibu kota Xinjiang.
Ianya diikuti dengan serangan pada bulan Mac oleh pengganas di stesen keretapi Kunming yang telah menyebabkan 29 orang maut dan 143 tercedera.
Insiden keganasan jarang berlaku di China namun jumlahnya semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Pihak berkuasa di sana menuding jari kepada ekstrimis agama dari Xinjiang.
--Agensi
No comments:
Post a Comment