Y
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek.
LAHAD DATU: Satu lagi kes penculikan berlaku di kawasan Pantai Timur Sabah melibatkan seorang warga China.
Dalam kejadian terbaru di Lahad Datu, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata di Pulau Baik.
Mangsa dikenali sebagai yang Zai Lin, 34 tahun berasal dari Guangzhao, China.
Zai Lin bekerja di syarikat Wonderful Terroce Sdn Bhd milik warga China dari Hong Kong sejak tiga tahun lalu.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi Selasa itu, anggota ESSCOM termasuk unit udara dan laut berusaha memintas bot dinaiki penjenayah.
Insiden kejar mengejar dan berbalas tembakan turut dilaporkan berlaku berhampiran Pulau Mataking.
Bagaimanapun, penjenayah dari selatan Filipina itu berjaya meloloskan diri ke perairan antaranbangsa.
Menurut mantek lagi, siasatan awal mendapati terdapat 16 pekerja di syarikat berkenaan.
Lapan lelaki bangsa Timor memiliki dokumen manakala lapan lagi pekerja bangsa Suluk termasuk seorang wanita tidak mempunyai dokumen sah.
Sementara itu, Ketua Polis Sabah Datuk Hamza taib dijangka membuat sidang akhbar lewat petang ini untuk memberikan perincian lanjut.
Kejadian terbaru itu merupakan penculikan kedua dalam tempoh hampir sebulan di Sabah.
Pada 2 April lalu, pelancong China, Goa Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik dari Resort Singamata Reef di Semporna oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Status kedua mereka masih tidak diketahui hingga kini selepas penculiknya membuat tuntutan RM36.4 juta untuk membebaskan mereka.
Pada 15 November 2013, pelancong Taiwan, Hsu Li Min, 57, ditemui mati dalam bilik di pusat peranginan Pulau Pom-Pomdengan dua kesan tembakan di dada.
Manakala teman wanitanya, Chang An wei, 58, diculik kumpulan bersenjata yang dipercayai pengganas dari negara jiran.
Chang kemudiannya dibebaskan pada Disember selepas sejumlah wang tebusan dibayar kepada penculik.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment