Megan Huntsman dari Utah, Amerika Syarikat yang mengaku membunuh enam bayi,
UTAH: Seorang wanita yang berdepan tuduhan membunuh enam anaknya, mengaku melakukan jenayah kejam itu sepanjang tempoh 10 tahun.
Megan Huntsman dari Utah, Amerika Syarikat membuat pengakuan tersebut kepada pasukan penyiasat di mana wanita berusia 39 tahun itu turut mengaku melahirkan tujuh anak dalam tempoh 1996 hingga 2006.
Bagaimanapun, hanya seorang daripada anaknya hidup.
Enam yang lain dibunuh sebaik sahaja dilahirkan dengan cara mencekik dan melemaskan bayi sebelum diletak di dalam kotak di dalam garajnya.
Kenyataan itu selari dengan siasatan polis yang menemui mayat bayi di dalam garaj tersebut.
Huntsman yang telah dihadapkan ke mahkamah dibebaskan dengan ikat jamin US$6 juta iaitu US$1 juta bagi setiap bayi dibunuhnya.
Pengakuan terbabit turut mengejutkan penduduk di kejiranan Hunstman dan mereka berharap, tindakan kejam sedemikian mendapat balasan setimpal.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment