KUALA LUMPUR: Pelakon popular Liyana Jasmay bakal mendedahkan jantina bayinya dalam satu majlis doa selamat menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada Sabtu ini.
Menurut Liyana majlis doa selamat tersebut sudah lama dirancang, tambahan lagi kakaknya Adriana Jamay juga bakal menyambut kelahiran bayi tidak lama lagi.
“Ramai yang bertanya pada saya kenapa tidak buat ‘Baby Shower’…Sebenarnya keluarga saya tak pernah adakan acara itu.
“Kebetulan kakak sulung saya juga akan melahirkan anak kedua pada awal Mei ini, jadi kita sekalikan majlis ini,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai persiapan bagi menyambut kelahiran pertamanya itu, Liyana berkata semuanya sudah disiapkan.
Tambahnya lagi, dia juga sudah mengupah seorang bidan untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang.
“Alhamdulillah kandungan sihat dan saya juga tiada sebarang masalah ketika hamil ini. Insyaallah saya akan bersalin pada Jun depan di Pusat Perubatan Prince Court,” katanya.
Bagaimanapun kata bakal ibu ini, dia tidak pernah menolak sekiranya mengandung lagi buat kali kedua selepas ini.
“Rezeki (zuriat) datang dari Allah S.W.T. Saya tak pernah merancang keluarga. Sekiranya mengandung lagi, semua itu Allah yang tentukan.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment