Saturday, 5 April 2014

AirAsia tarik balik keluaran Travel3sixty ekoran artikel 'kurang sensitif'

KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini memohon maaf dan menarik balik majalah dalam pesawat miliknya, Travel3Sixty dari semua penerbangan ekoran sebuah artikel di dalam majalah terbabit yang dikritik sebagai tidak sensitif dengan tragedi MH370.

Pengerusi Eksekutif kumpulan Datuk Kamarudin Meranun yang juga penerbit majalah terbabit berkata dalam satu kenyataan, bahawa mereka akan turut mengambil tindakan disiplin ke atas kumpulan editorial majalah berkenaan.

"Saya dengan rendah diri dan penuh kesal ingin memohon maaf di atas sebarang rasa kurang senang yang timbul ekoran artikel ruangan Pilot's Perspective di dalam isu terkini majalah Travel 3Sixty," katanya.

travel3sixty, air asia, mh370




“Keratan ini merupakan ruangan bulanan yang ditulis oleh Kapten Lim Khoy Hing, seorang juruterbang bersara yang bekerja dengan AirAsia selain pernah bekerja bersama Malaysia Airlines. Beliau banyak menulis buku mengenai dunia penerbangan.

“Kapten Lim menyumbang artikelnya beberapa bulan lebih awal sebelum majalah dicetak. Malangnya, tanpa apa-apa niat, artikel pada keluaran kali ini membincangkan mengenai sistem GPS dan Radar, dimana sebenanrnya ianya telah dicetak sebelum tarikh pengeluaran,” kata Kamarudin.

Kandungan 'sensitif' tersebut menjelaskan mengenai proses latihan dan persediaan seseorang juruterbang AirAsia yang berterusan dan teliti dimana mereka yang dilatih akan memastikan ‘pesawat yang dinaiki tidak akan hilang’.

Ekoran tragedi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat Malaysia yang kini amat sensitif dengan isu ini.

Satu tweet yang dihantar menerusi akaun ‏@Jeghui meminta penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani tentang perkara ini yang melibatkan penulisan di bahagian ‘Perspektif Juruterbang’.





Azran menjawab soalan tersebut dengan berkata bahawa proses suntingan telah ditutup enam minggu lebih awal iaitu pada bulan Februari, namun beliau mengakui ia merupakan satu kecuaian dan majalan tersebut akan dikeluarkan daripada semua pesawat AriAsia.







Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman bahawa pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment