Friday 7 March 2014

Warga Afrika ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala


NILAI: Seorang penuntut kolej swasta warga Afrika di Mantin, Negeri Sembilan ditemui maut dipercayai terkena tembakan dalam satu kejadian di tempat letak kereta sebuah Pangsapuri pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning memberitahu Bernama bahawa mayat ditemui di bawah pokok oleh orang ramai yang lalu lalang pada jam 5.30 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di bahagian kepala. Polis turut menjumpai dompet dan telefon bimbit berhampiran mayat mangsa.

Mayat warga Afrika itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Sementara itu, The New Straits Times melaporkan bahawa mangsa dipercayai terlibat dalam pertengkaran dan dikatakan melarikan diri kira-kira 100 meter sebelum ditembak mati.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment