Friday 7 March 2014

Penduduk tak terlibat diminta guna 180 liter

ganguan air

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyarankan mereka yang tidak terlibat dalam kawasan catuan air supaya mengehadkan penggunaan air kepada 180 liter sehari seorang.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata ada penduduk yang tidak terlibat telah menggunakan air secara tidak berhemat dan membazir.

"Oleh itu saya ingin tekankan peranan individu itu sendiri seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjimatkan penggunaan air," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Alfred mengulas rungutan penduduk yang terpaksa menghadapi situasi catuan bekalan air untuk dua hari diikuti catuan dua hari berikutnya, tetapi pada masa sama mereka yang tidak terjejas pula tidak berjimat menggunakan air.

Beliau berkata penjimatan air itu dapat membantu penduduk kawasan lain yang terjejas dan kerjasama semua pihak sangat penting kepada Syabas dalam usaha menghadapi krisis air di Selangor.

Orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini dan jadual catuan air, boleh melayari www.syabas.com.my atau laman Facebook dan Twitter Syabas. - Bernama

No comments:

Post a Comment