Sunday 2 March 2014

Pengecas hibrid dicipta



Gentian fleksibel (gambar kecil) ini membolehkan kuasa elektrik pada pelbagai permukaan dijana melalui pergerakan.


KITA sering berhadapan dengan masalah untuk mengecas telefon bimbit dan komputer riba jika berada di luar kawasan rumah atau pejabat.

Bagaimanapun, sekumpulan saintis di Institut Penyelidikan Bahan dan Inovasi di Universiti Bolton cuba menyelesaikan perkara itu dengan mencipta objek sekeliling yang bertukar sebagai penjana kuasa elektrik.

Memetik laporan DailyMail, gentian fleksibel photovoltaic-piezoelectric menggunakan penyeragaman tenaga melalui tindak balas, yang mana kuasa elektrik boleh dijana menerusi pergerakan seperti sedang berjalan di atas permaidani.

Teknologi berpaten itu juga boleh digunakan pada pelbagai permukaan objek asas termasuk pakaian.

Ketua penyelidik, Profesor Siores berkata bahawa ciptaan mereka mungkin boleh menjadi sumber alternatif berikutan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti cahaya matahari, angin dan hujan adalah tidak menentu. 

"Ciptaan hibrid kami menggabungkan bahan photovoltaic- piezoelectric yang menggunakan tenaga solar dan pergerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik,"katanya. 

No comments:

Post a Comment