Sunday 2 March 2014

Peluang sertai pertandingan ratu cantik Bidayuh

Gadis Bidayuh yang berminat menyertai pertandingan ratu cantik berpeluang berbuat demikian melalui pertandingan ‘Dayung Sangon’.

Acara ini dianjurkan untuk julung kalinya oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) bersempena sambutan Gawai Dayak tahun ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Dr Benedict Poris berkata peserta perlu melalui pusingan awal pada 26 April, manakala peringkat akhir akan berlangsung 10 Mei di dewan serba guna DBNA, Jalan Kumpang, Off Jalan Ong Tiang Swee di sini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Kendy Edward melalui 019- 8185807/010-9820257 atau Annie Teresa John melalui 013-8166790

Borang permohonan perlu dikemukakan pada atau sebelum 14 April, 2014 kepada: 

Pengerusi Penganjur
Pertandingan Dayung Sangon 2014
d/a Ibui Pejabat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA)
Jalan Kumpang, Off Jalan Ong Tiang Swee
93712 Kuching. 

- Bernama

No comments:

Post a Comment