Sunday 2 February 2014

Nasi Lemak Malaysia Airlines: Dulu dan sekarang

Isu 'nasi lemak telanjang' Chef Wan terus menjadi perbualan hangat bila mana ramai yang tidak berpuas hati dengan cara syarikat penerbangan Malaysia Airlines menyediakan hidangan kegemaran ramai ini di kelas ekonomi.

Beberapa penumpang syarikat penerbangan ini berkata bahawa hidangan ini pernah dihidangkan di dalam pesawat sebelum ini, namun berbeza dengan gambar yang dimuat naik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan.

Laman web AirlineMeals.net membenarkan penumpang untuk memuat naik gambar makanan yang dihidangkan di dalam pesawat. Ia termasuk hidangan nasi lemak yang disediakan oleh MAS dalam kelas ekonomi dalam tempoh beberapa tahun.

Gambar berikut dimuatnaik oleh Jerry Yong pada tahun 2010 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tokyo. Ia mempunyai rendang dan sambal udang:

Nasi Lemak

Gambar berikut dimuat naik oleh Jensen pada April 2011 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur:

Nasi Lemak

Penumpang KKWong memuat naik gambar ini pada November 2011 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur:

Nasi Lemak

Ini pula Nasi Lemak yang dihidangkan dari Kuala Lumpur ke Osaka pada November 2013. Ia dimuatnaik oleh Augustine Err:

Nasi Lemak

Berikut pula gambar yang dimuatnaik oleh Chef Wan pada 29 Januari 2014:
Nasi Lemak
Pada hari Sabtu, menerusi satu kenyataan kepada Astro AWANI, pihakMalaysia Airlines mengucapkan terima kasih kepada Chef Wan atas gambar dan komen yang dimuat naik di laman akaun Instagram milikcelebrity chef itu. Syarikat penerbangan itu juga akan meningkatkan mutu makanan yang disediakan di dalam penerbangan mereka.

Isu ini terus menjadi perbualan hangat, termasuk beberapa komen yang dibuat di laman web AstroAwani.com.

"Saya setuju dengan Chef Wan tu. Untuk pengetahuan semua, MAS terpaksa menurunkan kos makanannya disebabkan kerugian yang dialaminya. Sebelum ini okey sahaja pun jadi untuk menampung kerugian tersebut terpaksalah pihak MAS mencari jalan penyelesaian. InsyaAllah, apa yang berlaku sementara sahaja," kata pembaca Hanafiah Ramli.

Pembaca yang dikenali sebagai 'Roha' pula tulis bahawa sebelum ini, nasi lemak yang disediakan MAS ada ikan bilis, kacang dan disediakan di dalam bekas lain.

"Nasi ada lauk pedas yang mempunyai kombinasi udang dan ikan bilis," tambah beliau.

Pembaca 'Jawing Dongkok' pula ingin zaman kegemilangan MAS pada tahun 1980an dikembalikan.

"Komen Chef Wan tepat sekali. Melihat nasi lemak yang dihidangkan kepada seorang Chef ternama seperti Chef Wan tentulah mengundang komen. Teringat zaman kegemilangan MAS di tahun 1980an berbanding dengan service makanan sekarang amat berbeza sekali. Seruan: Kembalikanlah kegemilangan MAS yang dahulu!" kata beliau.

Ini pula komen dari pembaca menggunakan nama 'Kerja Atas Awan' yang merupakan seorang pramugara yang berkongsi mengapa tiada timun atau kacang  di dalam hidangan nasi lemak mereka:

Sedih aku baca komplain rakyat Malaysia..jenis hujung pangkal tak tau apa,terus cakap mcm hari2 naik kapal..padahal frequent flyer pun tak pernah kata apa2..meh saya yg kerja pramugara MAS nk terang sikit. Fyi, semua makanan disediakan dlm masa 24jam dah lepas masak TERUS DIFROZENKAN oleh catering..jadi bila kami masuk kapal, catering akan dtg hantar makanan based dgn total passenger..selalunya flight ke Bangkok penuh dgn loaf 150 lebih kurang..selepas ja take off dan seatbelt sign dipadamkan,kami anak kapal hanya ada masa lebih kurang 30 utksediakan makanan..nasi lemak atau apa saja makanan di dalam oven akan dipanaskan selama 25mnit..dan kena load dalam cart sebelum dihidangkan kpd 150..jadi..bila masa kami ada masa nak letak Timun?takkan nk letak masa masak dan sebelum di Frozenkan??nak makan ke timun yang telah 'dipanaskan' sekali dgn nasi??kacang dgn ikan bilis memang akan diberi asing dgn nasi lemak..kakau betul2 yg tukang komen ni selaku naik flight,dia akan tau..bukan naik sekali n claim mcm tau semua proses...n flight ke Bangkok tak sampai 2 jam..nak panas n prepare shj dah makan masa 30-40 mnit..nak serve lagi utk 150 oleh 3 org anak kapa..fikir logik..bila masa nak potong timun la ape la..n nak compare dgn nasi lrmak Air Asia,memang la siap ada ayam apa semua..sebab diorg tak perlukan kuantiti yg banyak uyk sesekali penerbangan..mungkin hanya 20-30 caserol nasi lemak..n tak perlu rushing nak sediakan utk serve kpd penumpang..sama JUGA dgn nasi lemak kelas perniagaan..ayam udang apa semua ada sebab kuantit tak banyak..n apa yg chef wan update tu memang nampak sedih sebab kecil n kurang..tp fikir ok..Cart(benda yg kami guna letak makanan tu) sesekali letak makanan utk 70-80 org..jd MUAT ke nak letak nasi lemak potion besar?sempat ke kami nak potong timun dlm masa 6 mnit utk 150 org n bukak satu2 caserol tu ketak timun fresh???sebekum komen kena faham cara penyediaan makanan dlm kapal..kami bukannya ada DAPUR kt belakang tu..n kalau nasi lemak depan rumah lg sedap,suruh mak cik tu prepare nasi lemak utk 150org dlm masa 30mnit tgk..siap panaskan lagi..boleh??

Isu ini juga terus menjadi  hangat di media sosial seperti Twitter. Berikut adalah beberapa reaksi:










-ASTRO Awani  

No comments:

Post a Comment